Daftar ePassEmel : Kata Laluan :  LOG MASUK SELAMAT | DAFTAR | BANTUAN

PROFIL elly

Nama: Ellyna
Umur: 32, Perempuan
Zodiac: Taurus
Status: Offline

Blog elly

Hans Isaac bersama teman baiknya, Afdlin Shauki dan Awie serta penerbit dan penaja filem Cuci.
Harith Iskander dan Khir Rahman adalah antara pelakon yang terbabit di dalam pembikinan filem Cuci.
Sebahagian artis yang hadir di majlis pelancaran filem Cuci arahan Hans Isaac di Menara Celcom, petang Jumaat lalu.

Hi Geng Murai....

Apa khabar korang sumer...Aku harap korang sumer sihat pada hari monday nie. Sorry...aku bukan sengaja nak rosakkan bahasa. Pada hari Monday yang menyenangkan ni, aku

terpaksa bekerja kat ofis. Korang pun tau kan, launching www.murai.com.my ni akan diadakan pada 21 November ni (Rabu). So, banyak kerja nak kena siapkan.

Especially untuk ruangan muzik yang aku kendalikan dalam portal ni. Buat masa ni, aku hanya menulis review untuk album, konsert daqn produk berserta wawancara dengan artis

solo atau kumpulan yang menghasilkan muzik indie bersama dengan orang-orang yang bekerja keras di dalam tabir industri muzik tempatan kita selama ini.

Tak kiralah sama ada mereka ni penerbit album, komposer, penulis lirik, arranger, sound engineer mahu pun pemuzik. Peranan mereka semua amat penting dalam memastikan

sesebuah album mampu direalisasikan. Dalam pada itu, aku juga ada menyelitkan buletin muzik untuk korang melihat sendiri apa acara event yang berkaitan muzik yang diadakan

dalam waktu terdekat ni.

Sebenarnya, banyak lagi yang aku hendak selitkan di dalam segmen muzik di murai ni. Tapi korang tunggulah.. Banyak idea, impian dan harapan. Semuannya besar belaka. Namun

hendak melaksanakan itu tidak mudah kerana krew kita hanya beberapa kerat saja.

Apapun, aku baru saja menghadiri majlis pelancaran filem Cuci arahan dan terbitan Hans Isaac di Menara Celcom petang Jumaat lalu. Sebagaimana yang sudah diketahui ramai,

Erra Fazie (bekas awek Hans) tidak hadirkan diri. Perkara ini sudah pun diketahui pihak media selepas ia disahkan sendiri pengurusnya kepada akhabr Berita Harian.

Walaupun alasan yang diberikan adalah disebabkan kesibukan namun bagi aku ia tetap satu tindakan yang tidak begitu bijak. Bukan apa, dalam hal ini orang akan menganggap

Erra yang tidak bersikap profesional. Malah, Umie Aida yang berkawan baik dengan Erra juga tidak kelihatan. Pastilah orang akan menganggap ianya satu pakatan yang sengaja

diadakan.

Namun aku tengok Hans memang cukup cool betul. Dia pun nampak dah bersedia nak menjawab segala soalan yang berkaitan dengan ketidakhadiran Erra pada petang itu. Kata

Hans, pihaknya sudah hantar jemputan untuk mengundang Erar datang
pada majlis itu.

Hendak buat macam. Orang dah sibuk. Takkan nak paksa datang pula. Lagipun sebagai artis mereka juga punya komitmen lain dalam bidang kerjaya seni ini. Begitulah kata Hans.

Apapun ramai yang hadir dalam majlis itu. Termasuklah kaki tangan Celcom yang meminati Hans dan barisan pelakon lain yang membintangi Cuci iaitu Awie dan Afdlin Shauki.

Sempatlah mereka ni bersalaman, mengambil tandatangan dan juga gambar kenang-kenangan bersama artis kesayangan mereka ini. Sampaikan tak sempat makanlah dia orang

ni. Especially Hans yang memang sibuk menjadi buruan ramai gadis dan wanita. Maklumlah the most eligible bachelor. Siapa yang tak nak kan?

Afdlin pulak terpaksa dijemput DOPnya (Director Of Photography) sebab perlu menyambung balik pengarahan filem terbarunya, Papadoom yang tergendala sebentar disebabkan

kehadirannya di dalam majlis itu. Akhirnya dia meninggalkan majlis itu tanpa menjamah apa-apa makanan.

Yang seronoknya, Awie datang dengan motor Harley Davidson 1.4 miliknya. Memang kelassss abang Awie... Cuma ada satu soalan saja yang perlu dijawab Awie. Afdlin dan Hans

sudah bikin filem. Awie pula bila lagi? Adakah kita akan tunggu Awie dengan filem yang bercorak aksi?? Kita tunggulah nanti.....

OH ya aku pun ada juga tengok konsert Pop Shuvit kat Ruums petang Sabtuday ari tu. Sorry aku bukan sengaja nak rosakkan bahasa. Aku pinjam kat OAG,. Kan ada dalam kamus

diaorang. Sebab tu dia orang ada buat lagu Sabtuday. Ok mmg happening gilerlah konsert Pop Shuvit sempena kelahiran labum baru dia orang tu. Especially bila dia orang panggil
banyak band muzik dan hip hop act yang lain.

Tapi show yang paling happening pada aku ialah Hujan. Sebab Raingers dia orang ramai datang bagi support. Infact dia orang pun perform best jugak. Tak sangka aku bila tengok

Hujan ni succces. Imagine, our own local band. Dah lama sangat aku tunggu sebuah band yang kewl macam ni. Akhirnya kita ada juga Hujan dan aku juga macam tak percaya bila

Noh (vokalis dia) yang dulunya salah seorang anggota M.I.X adalah frontmen band muzik ni. Cayalah Noh...

Aku pun suka jugak tengok band muzik lain yang tidak kurang bagusnya. Macam Bittersweet dan One Buck Short. Layan giler....Yang lain tu macam Joe Flizzow dan Ahli Fiqir, aku

tak payah cakaplah. Korang pun dah kenal dan dah tahu betapa bagusnya dia orang. Tahniah juga buat Yaniz Merican yang bersusah-payah merealisasikan konsert Pop Shuvit ni.

Tahniah sekali lagi.

Aku yang marhaen

Elly

Apa khabar Geng Murai semua.....

Aku rasa happy sangat hari ni. Sebab mana-mana aku pergi, ramai yang dah tahu dan dah kenal pasal kewujudan murai.com.my ni. Especially orang-orang yang terbabit secara langsung di dalam industri ini. Bagi aku, ia satu petanda yang cukup baik.

Yalah...bukan senang nak kenalkan sesuatu benda yang baru pada orang yang berada di luar sana. KIta kena mulakan dengan orang dalam industri dulu. Perlahan-lahan barulah, kita sebarkan pula pada orang di luar sana.

Maklum balas yang aku terima pasal murai.com.my pun sangat positif sekali. Semua suka dengan lay out dan design murai ini berserta idengan isi kandungannya. Actually benda ni buat aku rasa shocked sangat. Aku tak expect langsung dia orang akan suka. In fact, aku dah sedia untuk dengar macam-macam kritikan pasal murai.com.my daripada korang semua.

Sebab through kritikan barulah kita dapat mantapkan lagi pengisian Murai. Namun, kalau rata-rata orang melihat murai.com.my dari sudut yang positif, syukur alhamdulillah aku lanjutkankepadaAllah Yang Maha Esa.

Korang tak tahu macam mana kita orang berkerja keras untuk memastikan portal ni akan terima dengan begitu senang dan mesra oleh korang semua dan kejayaan portal ini juga membabitkan banyak pihak.

Selain aku dan krew Murai yang lain iaitu Roslen aka Slen (Chief Murai) serta Ayie dan Ajieb (sekarang kiat dah ada Thani - krew Murai baru), aku terpaksa berikan kredit pada Hana, Nurul, Rames, Mr Pang, Shakira, En Noor, Muzzamil, Encik Hazlan, Khairi, Zainal, Priya dan Helmi.

Kalau ada nama yang aku lupa, minta maaf banyak-banyak. Oh ya.. tanpa kepercayaan dn bantuan daripada bos besar kita orang, Rekha Sen, tidak mungkin juga portal ini akan dapat direalisasikan.

Juga bos yang lebih atas, Mr Terrence dan Claire Mula. Daripada pihak Marketing, Agnes dan sales-Sophie, David dan Alysse juga banyak membantu. Terima kasih banyak-banyak.

Hi semua Geng Murai...

Apa khabar... Harap korang semua sihat sejahtera hari ni... Bagi aku dan krew Murai kat sini, kita orang kat sini, kira maintainlah. Yalah nak buat macam mana. Kenalah maintain..Anyway, aku ada perkembangan terbaru untuk korang pasal Murai.

Actually perkembangan ni taklah baru sangat. Cuma aku nak bagitau korang yang murai portal ni dah ada facebook, myspace & friendster. So rajin-rajinlah check it out murai kat dalam ketiga-tiga lifelogger ni through gengmurai@gmail.com.

Oh yeah...untuk issue 21 November ni sekali harung dengan launching murai.com.my nanti, kita orang akan bagi satu suprise untuk korang. Kalau nak tahu kenalah tunggu 21 November nanti. Korang mesti baca murai.com.my tau...especially untuk ruangan aura dalam vaniti serta gosip dan Jangan lari dalam panazz.

Untuk ruangan muzik aku pula, ada beberapa benda baru yang akan aku letakkan kat situ. So pls check it out ok.... Kay aku nak chow sebab ada assignment nak cover.. daaaaaaaaaaaa

Akulah

Elly

Apa khabar semua Geng Murai....

Sejak www.murai.com.my mula beroperasi pada 1 November 2007, macam-macam respon dan maklum balas yang diterima daripada kami - krew murai. Kebanyakannya sangat positif sekali dengan isi kandungan dan paparan yang kami sediakan di dalam portal Melayu hiburan terhangat ini.

Namun, ada juga yang bagi komen negatif. Misalnya yang berkaitan dengan lay out dan reka bentuk portal ni serta masalah teknikal yang mungkin mereka hadapi sewaktu hendak melayari murai.com.my.

Apapun, semua komen yang diberikan sama ada yang positif atau negatif kami terima dengan hati yang dan mida yang terbuka. Komen yang sedia positif kami akan cuab perbaiki lagi supaya murai.com.my akan menjadi portal yang lebih mantap dan lebih berbisa lagi dalam masa terdekat ini.

Yang memberikan komen negatif pula, kami akan cuba sedaya upaya untuk mengatasi segala kelemahan yang ada. Bukan senang hendak mendirikan sebuah portal yang penuh bervariasi sebagaimana murai.com.my ini.

Bagaimanapun, ia juga bukan satu alasan untuk kami gunakan bagi mengelakkansegala apa jua masalah yang timbul di dalam portal ini. Harap anda semua akan terus menyokong murai.com.my...

Andai kata ada pandangan dari segi isi kandungan yang perlu dipermantapkan lagi oleh krew murai, ringan-ringanlah mulut dan tangan anda untuk menyuarakan ia kepada kami di sini. Kami akan berusaha untuk memenuhi permintaan anda.

Apapun, siapa sangka dalam tempoh dua minggu portal ini dipancarkan secara online tanpa sebarang publisiti atau promosi ia sudah pun berjaya menawan hati segelintir peminat dunia hiburan tanah air kita.

Menerusi catatan statistik yang krew murai.com.my perolehi, murai.com.my ketika ini sudah pun mempunyai 'viewers' yang cukup besar dan jumlah ini pasti akan bertambah lagi dari masa ke semasa.

Ia adalah satu perkembangan yang cukup membanggakan buat kami di sini. Malah, beberapa akhbar dan stesen radio juga turut membuat follow-up dengan mememetik beberapa si kandungan bahan dan berita yang terdapat di dalam murai.com.my.

Jangan lupa nantikan murai.com.my selepas pelancarannya dilakukan pada 21 November nanti. Murai.com.my pasti akan terbang lebih jauh dan tinggi lagi selepas itu.....

Catatan

Elly

Salam perkenalan untuk semua,

Akhirnya selepas tiga bulan memerah otak dan keringat untuk menyiapkan portal hiburan Melayu pertama ini, ianya menjadi kenyataan juga. Murai... Hmmm... Aku rasa nama tu cute sangat. Bukan sengaja nak naik life tekan sendiri.

Tapi itu hakikatnya. Lagipun siapa yang tak kenal Murai...Selain celotehnya yang tak henti-henti, Murai juga adalah seekor burung yang cantik dan comel. Kalau tak percaya, korang boleh check dan tengok sendiri.

Kalau nak tahu kenapa kitaorang pilih nama Murai ni dan macam mana kita orang pilih dan bagaimana pemilihannya dilakukan, korang bacalah blog chief editor aku, Roslen aka Slen. Dia boleh explain lebih lanjut pasal sejarah kewujudan murai.com.my ni...

Anyway aku adalah antara krew yang berada di dalam team Murai ni, selain daripada Ayie, Ajieb dan Thani (sebutan Sani ok!). Kitaoranglah yang akan pastikan segala bahan artikel dalam portal ini dimuatkan dan juga sentiasa update dari hari ke hari atau masa ke masa.

Bagi korang semua yang baru saja jadi sebahagian daripada komuniti GengMurai, kitaorang kat sini sangat-sangat mengalu-alukan kehadiran korang semua. Thanks sebab korang support portal hiburan Melayu pertama yang besifat interaktif di Malaysia ini.

Aku harap korang semua dapat memberikan komen yang membina terhadap segala bahan artikel yang kita orang muatkan di sini. Korang pun boleh beri cadangan atau buah fikiran mengenai setiap artikel yang dimuatkan atau bahan artikel yang korang nak tengok atau baca pada masa akan datang.

Misalannya dalam kolum muzik yang aku kendalikan dalam portal ni. Kalau boleh aku nak letak macam-macam benda yang interesting lagi. Tapi, aku perlukan idea korang juga.

Buat masa ni aku letak dulu review album, review pementasa (next konsert, show atau gigs), review produk, cerita pasal tukang muzik kita dan indie band or solo act..

Aku harap korang rasa puas dengan apa yang aku ketengahkan dalam kolum muzik ni. Ini baru di peringkat awal. Ada banyak lagi yang menanti.. So..setialah bersama kitaorang kat murai ok?

Sekian dulu..

Take care ..Jumpa lagi dan wassalam

Hanya Aku

Elly