PROFIL elly
HI Geng Murai....
Apa khabar semua... Korang sihat tak?? Aku kat sini oklah. Everything ok. Harap korang pun ok jugak ye....
Ok sepanjang minggu ni ...aku sempatlah pergi press conference Konsert Dewa 19 yang akan diadakan di lima lokasi termasuklah di KL nanti . Actually aku taklah excited sangat nak tgk konsert Dewa 19. Sebab dah banyak kali aku tgk konsert dia orang ni.
Tapi bila dapat tahu dia orang nak buat konsep teaterikal siap dengan konstum sekali, aku rasa macam best jugak kalau aku turun nanti. Especially bila dia orang panggil sheila Majid dan Rabbani sebagai artis undangan. Something differentlah.
Pasal Mulan Kwok ada dalam konsert ni, aku tak mau komenlah. Tapi, aku sokonglah dengan stament al-zafa (blogger) bila dia cakap macam manalah maya tak sakit hati bila mulan asyik-asyik kelihatan dalam show dewa 19.
Yg aku bestnya... masa konsert Gwen stefani tu.. aku dapat tahun mulan datang dengan Dhani tgk konsert ni. Walaupun tak berdua, rapi wajar ke mulan ada sama bila Dhani tak bersama Maya...Ini lah yang mendatang kemusykilan ramai .
Apapun,...konsert MCR yang berlangsung diu Stadium Merdeka pada malam Ahad lalu memang best, memang gempak giler. Show dan performance dia orang awesome habis. Aku bukanlah peminat fanatik dia orang (aku minat muse ok). Tapi... konsert dia orang memang best. Lagu dia orang pun happening. Sejak dari album Three Cheers For Sweet Revenge lagi. But album The Black Parade memang dahsyat.
Satu lagi yg aku rasa best sangat. Selain dapat interview dia orang. Aku dapat jugak gambar dgn Gerard. Oh My god.. Rasa macam nak pengsan pulak. And 1st time aku dapat tgk dia without the white powder ngan eyeliner or celak hitam dia. So damnn cute...
So lepas ni aku tunggu konsert dewa 19 pulak... :) Cioa now.. Take care semua. ..
Wassalam
Elly
Hi Geng Murai
Apa khabar sumer. Harap korang sumer sihat. Kita bzlahh.. Sebab tu tak dapat nak update blog ni setiap hari, Maklumlah bz ngan Konsert Live & Loud 07 Kuala Lumpur.
So dah lima hari aku ikut Live & Loud ni. Penat jugalah dan tak cukup rest. Tapi aku manage buat liputan untuk empat show je. First sekali Dionne Warwick yang bertindan dgan birthday bash Noryn Aziz.
Konsert Dionne bagiaku oklah. Lagipun dia diva dan vokal dia pulak so good and powerful. Mmg berbaloilah tgk pun. Especially yg minat dia. Tapi aku tak stay lama kat konsert Dionne tu sebab nak kena attend birthday bash Noryn.
Orang dah jemput, kita datanglah. But tak sia-sia datang birthday bash Noryn. Happening sangat. Ramai tetamu yang datang. Noryn pun nampak makin cantik...
The Next day aku pergi konsert James Ingram dan Koll & The Gang. Show James not bad. Aku salute vokal dia. But am not actually his fan. Yg aku suka malam tu Kool & The Gang. Alamak happening gila.. Macam kat festival.
Konsert Kci & jojo pulak start lambat. Tension. Dan semalam, aku bukan je dapat interview James Morrison tapi tgk dia in person. and show dia mmg awesome. Best giler. Aku suka lagu dia , muzik dia ngan suara dia. Ada connection antara satu sama lain.
Susah aku nak explain. Korang kena tgk sendiri. Tapi, bila dia tarik suara, masa tulah aku rasa macam ...aiyooo mamat ni... kenapa buat jiwa aku sengsara.....
Oklah ciow dulu
Elly
apa khabar korang sumer..
Sorrylah sebab lama tak menulis kat dalam blog ni. anyway....aku dan krew murai.com.my happy sangat-sangat sebab majlis launching party murai.com.my berjaya dilangsungkan dengan penuh meriah dan gilang-gemilang. Pendek kata, happening sangat dan feelnya pula ala-ala majlis anugerah MTV. Bukan aku yang cakap ekk.. Benda ni aku petik daripada laporan Berita Harian yang ditulis oleh Farihad. Thanks Faridah. Thanks Kak Cham...
Kehadiran artis yang datang pulak, memang usah dikatalah. Semuanya yang top top dan glamor kat dalam industri hiburan kita dan semuanya sporting mengenakan warna tema majlis launching party murai.com.my ni iaitu black dan glam. Aku nak sebut-sebut satu nama memang susahlah.
Tapi thanks to Datin Seri Tiara Jacquelina, Erra Fazira dan suaminya, Emran, Raja Azura dan suaminya, Linda Onn dan kekasihnya, Fahrin, Siti Eja, Ning Baizura, Maya Karin, Adeputra, Que Haidar, Fizz Fairuz, Diana Danielle, Raja Farah, Nora Danish, Fazli Zainal, Izwan Pilus, Syazliana, E-One, E-Jarn, Mamat Khalid, Seow Teong Hin, Raja Azmi, Shadan, Edlin, Sharifah Zarina, Reza serta Nana dan Zainal Alam yang bertindak sebagai pengacara.
Begitu juga dengan kalangan artis yang membuat persembahan iaitu Dayang Nurfaizah, Ferhad, Farhan, Misha Omar serta Bront Palarae. Thank u so much. Kehadiran anda semua amat kami hargai. Begitu juga dengan team Muraitiks serta team AMCAsia yang bertanggung jawab menjayakan launching party murai.com.my ini dengan penuh stylo.
Malah, bermula semalam hingga hari ini, banyak sekali laporan mengenai murai.com.my dipaparkan di dada akhbar. Misalnya di Berita Harian, SInar Harian serta Kosmo. Bila murai.com.my nak keluar dalam akhbar serta majalah lain ya?? Tunggu....
Apapun, dengan kejayaan yang begitu bermakna ni, aku dan krew murai.com.my tak bolehlah alpa dan lalai dengan apa yang berlaku dengan perkembangan semasa dunia hiburan kita. Malah, ia membuatkan kami semua makin bertambah semangat untuk menyediakan berita yang terkini dan sensasi kepada anda semua.
So stay tune dengan murai.com.my ok... Takziah buat keluarga seniman veteran Hussein Abu Hassan atas pemergian Allahyarham pada awal Subuh pagi tadi kira-kira jam 5.30 pagi di Wad Nefrologi, Hospital Besar, Kuala Lumpur. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah......
Hi Geng Murai.....
Apa khabar korang sumer.. Sihat tak ari ni? Harap-harap macam itulah ya. Macam aku pulak, bz je memanjang. Sampai tak menang tangan. Dalam sibuk membuat persiapan untuk launching murai.com.my, sempat jugaklah akumenghadirkan dirike majlis pelancaran Anugerah Bintang popular Berita Harian 2007 anjuran akhbar Berita Harian, petang tadi.
Amboi meriahnya....Dah tu, ramai pulak artis yang datang pada petang tu. Maya karin ada. Fasha Sanda ada. Nurul (bekas isteri Ajai) ada. Datuk Siti Nurhaliza pun ada.
Selain itu, Ashraff Muslim bersama kekasihnya, Shereen, Fauziah Ghouse, Aliff Azfar, Rosma AF1, Mila AF5, Faizal AF4, Farawahida, Nikki, Royce Saayan, Rabbani, Rozita Che Wan, barisan pelakon kanak-kanak Tentang Bulan, pun kelihatan juga di dalam majlis itu.
Faizal dan Farah Fauzana pula dipadankan sebagai pasangan pengacara. Apa lagi, gamatlah suasana bila mereka yang conquer mikrofon.
Sepatutnya, sorang lagi kre Murai iaitu Thani yang kena cover function. Tapi disebabkan assignment lain, aku terus jadi bidan terjun untuk ambil report function tu.
Bila Ati dari Akademi (pihak yang menganjurkan ABPBH) bagi pihak Berita Harian kasi mikrofon kat aku, terpaksalah aku tanya jugak soalan. So aku pun cakaplah. Puan Hanizam saya ada satu soalan...
Lucunya, Puan Hanizam (yang lebih mesra dengan panggilan Kak Cham) pun jawablah: Ya Cik murai...Korang percaya tak.. ramai yang ketawa bial dengar Kak Cham cakap macam tu...Aku tak kecil hati pun..
Malah..aku rasa bangga dan happy sebab dalam tak sedar Kak Cham sebenarnya tolong promote lagi kewujudan murai.com.my pada semua yang hadir di majlis itu. Terima kasih Kak Cham ya...dan selamat hari jadi jugak buat Kak Cham. Kebetulan hari ulang tahun Kak Cham jatuh pada hari yang sama - tanggal 20 November.
Maaflah..idak pula teman tau bila tahun Kak Cham dilahirkan atau berapa usia kak Cham yang sebenarnya. Tapi, yang teman tau.. Kak Cham ni dah berpunya. Malah ada sepasang anak lelaki dan perempuan yang cukup well behaved dan memahami tugas mamanya sebagai pengarang hiburan di Berita Harian.
So aku pun tanyalah pasal isu artis yang nak tarik diri daripada dicalonkan di ABPBH. Kalau adalahh....Bukan Kak Cham saja yang jawab soalan tu. Tapi Datuk Manja pun bersuara juga. Tapi dengan penjelasan yang diberikan Kak Cham dan Datuk Manja tadi tu, sedikit-sebanyak lebih ramai lagi yang akan faham dengan corak penganjuran ABPBH ni.
Oklah.. actually ada banyak benda lagi yang aku nak tulis ni. Tapi aku pun kena ketuk story ABPBH jugak....Satu lagi jangan lupa baca story pasal Datuk SIti ok???
Akulah
Elly







Murai Quick Links