Daftar ePassEmel : Kata Laluan :  LOG MASUK SELAMAT | DAFTAR | BANTUAN

PROFIL elly

Nama: Ellyna
Umur: 32, Perempuan
Zodiac: Taurus
Status: Offline

Pemergian loloq sangat menyedihkan

Hi Geng Murai…..

Apa khabar korang sumer? Sihat tak? Mestilah sihatkan? Dah bercuti panjang sempena Chinese New Year ni mestilah semuanya nampak fresh dan segar-bugar. Tapi macam biasalah bila nak kena keja balik, ada pulak yang mengeluh malas. So, hari Isnin yang sentiasa menjadi hari permulaan bagi hari-hari yang berikutnya pulak yang dipersalahkan dengan memberikan alasan sebagai Monday Blues!

He he he he he he. Anyway sepanjang Chinese New Year ni, aku mmg tak dapat nak berehat. Sebab kena monitor murai.com.my. Then kena pulak pergi attend few function plus assignment .

Maybe tak terlambat rasanya untuk aku ucapkan Happy Chinese New Year pada sesiapa yang menyambutnya termasuklah rakan-rakan aku yang mempunyai mix parentage Malay- Chinese.

Puas jugaklah makan kacang ngan limau mandarin. Tapi nak makan lebih-lebih, takut pulak. Sebab kalau makan kacang banyak sangat, nanti habis muka aku tumbuh jerawat. Kalau limau mandarin pulak, takut asyik batuk-batuk dan sakit kerongkong.

Aku pun sempat jugak menghadiri majlis perkahwinan bekas anggota kumpulan Femini, Yati Sabtu lalu. Nampak makin sweet pulak Yati ni. Anyway aku respect Yati sebab kalau nak bandingkan dengan anggota lain dalam kumpulan Feminin tu dulu, dia ni je yang betul-betul bijak dan ada otak.

In fact tiap kali buat show, asal ada je masa terluang, dia mesti akan habiskan waktu dengan membaca buku atau pun menulis nota pengajian. Memang patutlah dia dapat gelaran graduan terbaik masa belajar di UiTM, Arau dulu.

Masa wawancara Yati, sempatlah aku borak-borak dengan suami dia Zalizan. Ok jugak Zalizan ni. Baik orangnya dan very understanding. Secara tidak langsung, ia memudahkan tugas aku untuk interview Yati masa tu. Thank u ya Encik Zalizan.

Rasanya korang pun tau bahawa industri muzik kita sudah pun kehilangan seorang tokoh karyawan yang sangat berjasa dalam dunia penulisan lirik lagu. Siapa lagi kalau bukan arwah Loloq atau pun Rosli Khamis.

Sekali lagi aku diminta oleh chief editor murai.com.my iaitu Roslen Fadzil untuk membuat liputan sebaik saja kami mendapat tahu mengenai kematiannya daripada beberapa rakan artis.

Terima kasih kepada Hattan dan Amy Search yang sentiasa memberikan info terkini buat kamid murai.com.my.

Actually aku sangat –sangat sedih dengan kematian Loloq. Sebab dialah selalu dan banyak bagi idea untuk aku menulis tentang sesuatu yang berguna di dalam industri muzik kita.

Dan selalu, pandangan atau pun idea yang dilontarkan arwah sangat bernas dan tepat dengan sesuatu isu yang ditimbulkan. Arwah juga sorang yang sangat mesra, mudah didekati dan mudah buat joke.

Stailnya pula agak santai, relaks dan hippies dengan dua subang di belah kanan dan kiri cuping telinganya. Kalau hendak diikutkan dengan usia yang sudah mencecah separuh abad, memang tak begitu sesuailah Loloq mengenakan stail begitu.

Tapi dengan cara dan karektornya yang sentiasa sempoi dan happy go lucky itu, Loloq tidak nampak pelik atau jelik. Lebih-lebih lagi kalau dia sudah mengeluarkan bahasa kutu rock, gua lu. Itulah juga bahasa yang sentiasa jadi penghubung antara aku dengan arwah Loloq.

Aku sangat bersyukur kerana sewaktu pelancara murai.com.my dilakukan pada 21 Nov tahun lalu, dia adalah karyawan muzik pilihan pertama yang aku cuba tampilkan di segmen Tukang Muzik dalam bahagian Muzik.

Sebenarnya banyak lagi benda yang arwah Loloq kongsi atau ceritakan pada. Tapi tidak dapat pula aku muatkan di dalam portal ini. Insya Allah aku akan cuba tulis sebuah artikel khas mengenai Loloq nanti. Korang tunggu sajalah. Ia adalah sambungan kepada interview yang aku buat dengan Loloq di dalam Tukang Muzik.

Apapun, ketiadaan Loloq memberikan nyata memberikan kesan kepada semua yang terbabit secara langsung di dalam industri muzik tempatan ini. Baik di kalangan teman rapat, rakan-rakan pemuzik mahu pun penyanyi.

Bayangkanlah, Hattan pun boleh menangis teresak-esak dengan pemergian Loloq. Itu belum dikira lagi rakan baik arwah, M Nasir serta Tam Spider dan keyboardist, Firdaus.

Sebenarnya saat menulis tentang arwah ini pun membuatkan aku tak tahan hiba. Arwah seorang insan sangat istimewa dan mempunyai knowledge meluas tentang banyak perkara termasuklah politik, ekonomi serta agama.

Semuanya hasil pembacaan menerusi pelbagai buku yang banyak dibeli sama ada dari dalam mahu pun luar negara. So aku bersetuju sangat bial M Nasir berkata, tidak akan ada sesiapa yang mampu menggantikan tempat Loloq.

Semoga rohnya akan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, hendaknya. Al-Fatihah.....

Populariti

  • Currently 0 Stars.
0 (Belum Diundi)

Berkongsi

Komen

Masukkan Komen Anda

Login untuk masukkan komen anda.