Daftar ePassEmel : Kata Laluan :  LOG MASUK SELAMAT | DAFTAR | BANTUAN

PROFIL elly

Nama: Ellyna
Umur: 32, Perempuan
Zodiac: Taurus
Status: Offline

Murai yang tak henti-henti...

Salam perkenalan untuk semua,

Akhirnya selepas tiga bulan memerah otak dan keringat untuk menyiapkan portal hiburan Melayu pertama ini, ianya menjadi kenyataan juga. Murai... Hmmm... Aku rasa nama tu cute sangat. Bukan sengaja nak naik life tekan sendiri.

Tapi itu hakikatnya. Lagipun siapa yang tak kenal Murai...Selain celotehnya yang tak henti-henti, Murai juga adalah seekor burung yang cantik dan comel. Kalau tak percaya, korang boleh check dan tengok sendiri.

Kalau nak tahu kenapa kitaorang pilih nama Murai ni dan macam mana kita orang pilih dan bagaimana pemilihannya dilakukan, korang bacalah blog chief editor aku, Roslen aka Slen. Dia boleh explain lebih lanjut pasal sejarah kewujudan murai.com.my ni...

Anyway aku adalah antara krew yang berada di dalam team Murai ni, selain daripada Ayie, Ajieb dan Thani (sebutan Sani ok!). Kitaoranglah yang akan pastikan segala bahan artikel dalam portal ini dimuatkan dan juga sentiasa update dari hari ke hari atau masa ke masa.

Bagi korang semua yang baru saja jadi sebahagian daripada komuniti GengMurai, kitaorang kat sini sangat-sangat mengalu-alukan kehadiran korang semua. Thanks sebab korang support portal hiburan Melayu pertama yang besifat interaktif di Malaysia ini.

Aku harap korang semua dapat memberikan komen yang membina terhadap segala bahan artikel yang kita orang muatkan di sini. Korang pun boleh beri cadangan atau buah fikiran mengenai setiap artikel yang dimuatkan atau bahan artikel yang korang nak tengok atau baca pada masa akan datang.

Misalannya dalam kolum muzik yang aku kendalikan dalam portal ni. Kalau boleh aku nak letak macam-macam benda yang interesting lagi. Tapi, aku perlukan idea korang juga.

Buat masa ni aku letak dulu review album, review pementasa (next konsert, show atau gigs), review produk, cerita pasal tukang muzik kita dan indie band or solo act..

Aku harap korang rasa puas dengan apa yang aku ketengahkan dalam kolum muzik ni. Ini baru di peringkat awal. Ada banyak lagi yang menanti.. So..setialah bersama kitaorang kat murai ok?

Sekian dulu..

Take care ..Jumpa lagi dan wassalam

Hanya Aku

Elly

Populariti

  • Currently 5 Stars.
5 (2 undi)

Berkongsi

Komen

Masukkan Komen Anda

Login untuk masukkan komen anda.