Daftar ePassEmel : Kata Laluan :  LOG MASUK SELAMAT | DAFTAR | BANTUAN

PROFIL elly

Nama: Ellyna
Umur: 32, Perempuan
Zodiac: Taurus
Status: Offline

AJL22

Hi GengMUrai sumer....

Assalamualaikum...

Apa khabar? Sihat tak?? Harap korang sumer sihat selalu dan dikurniakan kesihatan yang baik daripada Allah Taala. Heh.. Macam ustazah pulakkan?? Tapi, sebagai umat Islam, kita kenalah selalu doakan kesejahteraan yang baik-baik kepada semua umat sejagat. Tak kiralah dia bangsa apa pun. Warna kulit apapun. Agama apa pun. Kita kena selalu buat baik.

So dah tengok tak AJL22 malam tadi?? Macam mana pendapat korang?? Puas hati tak dengan result yang keluar malam tadi??? Puas hati tak bile Itu Kamu daripada Estranged dinobatkan sebagai Juara Lagu.

Kalau korang tanyakan aku. Yes aku tak membangkan kemenangan Estranged. Bukan pasal aku ni minat rock ya. Tapi, yeah mereka ada kekuatan sendiri dan patut menang pada malam tu. Aku pun tak nafikan dengan kemenangan Samudera through Nora. Tapi aku rasa macam tak best sangat bila Iinku Pergi - Sahri menang untuk kategori balada.

Aku rasa ada beberapa lagu lain yg layak untuk menang. Misalnya Ceritera Cinta, Mahakarya Cinta or Kasih Tercipta. Ketiga-tiga lagu yang aku sebutkan ini ada kekuatannya yang tersendiri. Tak aku nafikan bahawa penciptanya, Azlan bukan calang-calang komposer. Tapi secararasionalnya, lagu itu sekadar ok.

Kemenangan Jac dan Lah menerusi vokal terbaik mmg aku sokong seratus percent. Manakala untuk persembahan pula, aku rasa Mawi nampak cute sangat dengan stail persembahan macam tu. Oklah not bad.

But of course cukup memeranjatkan bila Siti tak menang apa-apa. Aku tau ada kalangan fans dia yang frust giler. AKu rasa lagu Destinasi Cinta tu menarik juga. Tapi persembahan Siti oklah. Vokal dia pun still sustain macam dulu.

Aku pun suka juga persembahan Jinbara malam tu. Best jugak. Dan Bob yang menggantikan Faizal Tahir untuk lagu Kasih Tercipta pulak lebih menyerlah daripada Fiq yang membawakan lagu Mahakarya Cinta.

In fact, vokal Bob juga cukup memberikan kepuasa. Macam Jac & Lah. Tapi paduan vokal Jac & Lah memang best sangat dan mencetuskan magik. Oklah kalau nak tahu review selanjutnya. Baca dalam murai.com.my ok. Take care...

Apapun, congrats pada yg dah berjaya. Pada yang tidak. Tats not the end of the world.

Populariti

  • Currently 0 Stars.
0 (Belum Diundi)

Berkongsi

Komen

Masukkan Komen Anda

Login untuk masukkan komen anda.