PROFIL elly
Happy New Year 2008
Hi semua GengMurai,
Apa khabar korang sumer? Sihat tak? Camana dengan sambutan tahun baru hari tu? Meriah tak? Aku pulak sambut dengan kalangan ahli keluarga saja. Lagipun setiap kali sambutan tahun baru, time tulah aku menyambut birthday mak aku yang jatuh setiap kali tanggal 31 Disember. Happy Birthday Che Leha. Semoga terus bersabar dengan anakmu yang sentiasa bz ni. Oh iya, rasanya tak terlambat untuk aku ucapan Selamat Menyambut Tahun Baru 2008 untuk korang sumer. Jugak untuk diri aku sendiri.
Dan pertanyaan yang kerap orang akan tanyakan setiap kali muncul tahun baru ni ialah apa azam korang. Boringkan??? Aku tak tahulah camana artis kita boleh tahan nak jawab soalan-soalan pasal azam baru ni. Termasuklah kalau aku yang tanyakan sendiri pada dia orang. Ha ha ha ha. Tapi aku harap azam korang tahun lepas banyak yang dah tercapai. Dan semoga tahun ni pulak akan tercapai yang lain-lain. Yg tak tercapai lagi, jangan kecewa sebab masih boleh terus berusaha. Kita tidak boleh mengalah dengan sesuatu kegagalan. Tak boleh juag cepat kecewa dan putus harap. Sebab kehidupan kita di dunia ini memang dicipta untuk menjadi seorang fighter. So we need to survived.
Azam aku pulak, nak jadi manusia yang lebih baik daripada hari semalam. Sentiasa happy, dapat travel dan dapat cari duit untuk aku nak travel. Dengar macam simple sangatkan? But itulah azam aku. And aku tak nak jadi hipokrit. Tats me. Lagipun hidup ni hanya sementara. So yg sementara ini kita kena isi dengan apa yang kita suka atau kita nak buat. Bukan kerana nak please kan orang. Pleaselah... Sampai bila kita nak jadi macam tu?
Eh.. macam emo pulak aku hari ni kan? Actually aku baru je lepas dengar lagu-lagu Muse pagi ni. Best giler...Sekarang nak dgr lagu Hujan ngan Meet Uncle Hussain pulak. Antara band muzik local underground yang sangat bagus pada masa sekarang. Aku harap korang akan terus support band muzik kita. Not bad apa dia orang. Sound dan muzik dia orang pun bagus dan ada different. So korang tak bolehlah cakap muzik kita tak ada kelainan. Salah tu.
Terlanjur cakap pasal muzik dan band muzik ari ni, ramai jugak yang tanya aku, apa gigs yang kita ada sepanjang bulan ni dan apa pulak konsert yang bakal menjengah negara kita pada tahun 2008 ni. Nantilah. Aku akan update korang ok. Sebab aku belum dapat apa-apa schedule lagi. Kalau gigs tu ada everywhere. Korang bukak je myspace, adalah mana-mana gigs tu nanti.
So oklah. Aku cioa dulu kay. So bzlahh.. Take care ya. Jangan lupa baca pasal round-up konsert sepanjang tahun 2007l. Aku harap korang puas hati. Kalau tak puas hati message aku. Nanti aku boleh betulkan, mana yang patut. So Happy Monday tuk korang. Wassalam... Daaa....
Juz Me
Elly

