PROFIL elly
Siapa artis kantoi tgh buat...
Hi geng Murai....
Apa khabar korang sumer.. Sihat tak??/ Aku faham sekarang ni tgh musim orang jatuh sakit demam dan selsema. So jaga kesihatan ok. Make sure korang semua kekal sihat selalu... Ok sepanjang dua minggu ni... banyak benda yang berlaku dalam dunia hiburan tanah air kita.
Ada anugerah Skrin... Ada gigs sana-sini. Konsert.. Macam-macam lagilah.. Lepas tu ada pulak berita gempak pasal Anugerah Industri Muzik Malaysia kita. Semuanya korang boleh baca dalam murai.com.my.
Tapi yg banyak orang nak tahu dan selongkar ialah siapa artis kantoi tgh buat projek dan siapa pulak artis yang terpekik terlolong... Biasalah...Bila sebut gosip, siapa yang tak nak tau..Apapun, krew.murai.com.my tak dapatlah nak dedahkan siapa artis tu. Maklumlah benda ni adalah hal yang cukup mengaibkan.
Baik untuk artis itu sendiri, keluarga serta golongan artis lain yang seperjuangan dengannya. Yalah orang selalu kata dek kerana nila setitik rosak susu sebelanga. Tapi bila difikirkan balik, artis pun manusia biasa juga. Bukan sempurna macam kita semua. Jadi takkanlah nak terus hukum dia orang bila wujudnya hal-hal sebegini.
Tapi, kadang-kadang, janganlah bodoh sangat bila melakukan sesuatu perkara yang 'hot' macam ni. Kalau nak buat projek sangat pun, pergilah kat tempat lain. Kenapalah nak buat kat studio yang org lain pun nampak juga.
Bila sebut bodoh, marah pulak. Entahlah.. Satu lagi artis ni pulak asyik nak serang orang saja tak pasal-pasal. Asal tak puas hati serang. Asal tak suka je sesuatu benda, serang. Tak bolehlah macam tu.
Kita hidup kena selalu berdiplomasi. Bukan asyik nak serang menyerang dan gaduh-gaduh...Kalau macam ni lah,, takde siapa nak yg ambil dia berlakon nanti. Oklah aku ciau dulu. Banyak keja..
Take care Elly


