PROFIL elly
Hans, Cuci, Erra & Hujan......
Hi Geng Murai....
Apa khabar korang sumer...Aku harap korang sumer sihat pada hari monday nie. Sorry...aku bukan sengaja nak rosakkan bahasa. Pada hari Monday yang menyenangkan ni, aku
terpaksa bekerja kat ofis. Korang pun tau kan, launching www.murai.com.my ni akan diadakan pada 21 November ni (Rabu). So, banyak kerja nak kena siapkan.
Especially untuk ruangan muzik yang aku kendalikan dalam portal ni. Buat masa ni, aku hanya menulis review untuk album, konsert daqn produk berserta wawancara dengan artis
solo atau kumpulan yang menghasilkan muzik indie bersama dengan orang-orang yang bekerja keras di dalam tabir industri muzik tempatan kita selama ini.
Tak kiralah sama ada mereka ni penerbit album, komposer, penulis lirik, arranger, sound engineer mahu pun pemuzik. Peranan mereka semua amat penting dalam memastikan
sesebuah album mampu direalisasikan. Dalam pada itu, aku juga ada menyelitkan buletin muzik untuk korang melihat sendiri apa acara event yang berkaitan muzik yang diadakan
dalam waktu terdekat ni.
Sebenarnya, banyak lagi yang aku hendak selitkan di dalam segmen muzik di murai ni. Tapi korang tunggulah.. Banyak idea, impian dan harapan. Semuannya besar belaka. Namun
hendak melaksanakan itu tidak mudah kerana krew kita hanya beberapa kerat saja.
Apapun, aku baru saja menghadiri majlis pelancaran filem Cuci arahan dan terbitan Hans Isaac di Menara Celcom petang Jumaat lalu. Sebagaimana yang sudah diketahui ramai,
Erra Fazie (bekas awek Hans) tidak hadirkan diri. Perkara ini sudah pun diketahui pihak media selepas ia disahkan sendiri pengurusnya kepada akhabr Berita Harian.
Walaupun alasan yang diberikan adalah disebabkan kesibukan namun bagi aku ia tetap satu tindakan yang tidak begitu bijak. Bukan apa, dalam hal ini orang akan menganggap
Erra yang tidak bersikap profesional. Malah, Umie Aida yang berkawan baik dengan Erra juga tidak kelihatan. Pastilah orang akan menganggap ianya satu pakatan yang sengaja
diadakan.
Namun aku tengok Hans memang cukup cool betul. Dia pun nampak dah bersedia nak menjawab segala soalan yang berkaitan dengan ketidakhadiran Erra pada petang itu. Kata
Hans, pihaknya sudah hantar jemputan untuk mengundang Erar datang
pada majlis itu.
Hendak buat macam. Orang dah sibuk. Takkan nak paksa datang pula. Lagipun sebagai artis mereka juga punya komitmen lain dalam bidang kerjaya seni ini. Begitulah kata Hans.
Apapun ramai yang hadir dalam majlis itu. Termasuklah kaki tangan Celcom yang meminati Hans dan barisan pelakon lain yang membintangi Cuci iaitu Awie dan Afdlin Shauki.
Sempatlah mereka ni bersalaman, mengambil tandatangan dan juga gambar kenang-kenangan bersama artis kesayangan mereka ini. Sampaikan tak sempat makanlah dia orang
ni. Especially Hans yang memang sibuk menjadi buruan ramai gadis dan wanita. Maklumlah the most eligible bachelor. Siapa yang tak nak kan?
Afdlin pulak terpaksa dijemput DOPnya (Director Of Photography) sebab perlu menyambung balik pengarahan filem terbarunya, Papadoom yang tergendala sebentar disebabkan
kehadirannya di dalam majlis itu. Akhirnya dia meninggalkan majlis itu tanpa menjamah apa-apa makanan.
Yang seronoknya, Awie datang dengan motor Harley Davidson 1.4 miliknya. Memang kelassss abang Awie... Cuma ada satu soalan saja yang perlu dijawab Awie. Afdlin dan Hans
sudah bikin filem. Awie pula bila lagi? Adakah kita akan tunggu Awie dengan filem yang bercorak aksi?? Kita tunggulah nanti.....
OH ya aku pun ada juga tengok konsert Pop Shuvit kat Ruums petang Sabtuday ari tu. Sorry aku bukan sengaja nak rosakkan bahasa. Aku pinjam kat OAG,. Kan ada dalam kamus
diaorang. Sebab tu dia orang ada buat lagu Sabtuday. Ok mmg happening gilerlah konsert Pop Shuvit sempena kelahiran labum baru dia orang tu. Especially bila dia orang panggil
banyak band muzik dan hip hop act yang lain.
Tapi show yang paling happening pada aku ialah Hujan. Sebab Raingers dia orang ramai datang bagi support. Infact dia orang pun perform best jugak. Tak sangka aku bila tengok
Hujan ni succces. Imagine, our own local band. Dah lama sangat aku tunggu sebuah band yang kewl macam ni. Akhirnya kita ada juga Hujan dan aku juga macam tak percaya bila
Noh (vokalis dia) yang dulunya salah seorang anggota M.I.X adalah frontmen band muzik ni. Cayalah Noh...
Aku pun suka jugak tengok band muzik lain yang tidak kurang bagusnya. Macam Bittersweet dan One Buck Short. Layan giler....Yang lain tu macam Joe Flizzow dan Ahli Fiqir, aku
tak payah cakaplah. Korang pun dah kenal dan dah tahu betapa bagusnya dia orang. Tahniah juga buat Yaniz Merican yang bersusah-payah merealisasikan konsert Pop Shuvit ni.
Tahniah sekali lagi.
Aku yang marhaen
Elly


