Daftar ePassEmel : Kata Laluan :  LOG MASUK SELAMAT | DAFTAR | BANTUAN

PROFIL elly

Nama: Ellyna
Umur: 32, Perempuan
Zodiac: Taurus
Status: Offline

This is Murai territory......!

Apa khabar semua Geng Murai....

Sejak www.murai.com.my mula beroperasi pada 1 November 2007, macam-macam respon dan maklum balas yang diterima daripada kami - krew murai. Kebanyakannya sangat positif sekali dengan isi kandungan dan paparan yang kami sediakan di dalam portal Melayu hiburan terhangat ini.

Namun, ada juga yang bagi komen negatif. Misalnya yang berkaitan dengan lay out dan reka bentuk portal ni serta masalah teknikal yang mungkin mereka hadapi sewaktu hendak melayari murai.com.my.

Apapun, semua komen yang diberikan sama ada yang positif atau negatif kami terima dengan hati yang dan mida yang terbuka. Komen yang sedia positif kami akan cuab perbaiki lagi supaya murai.com.my akan menjadi portal yang lebih mantap dan lebih berbisa lagi dalam masa terdekat ini.

Yang memberikan komen negatif pula, kami akan cuba sedaya upaya untuk mengatasi segala kelemahan yang ada. Bukan senang hendak mendirikan sebuah portal yang penuh bervariasi sebagaimana murai.com.my ini.

Bagaimanapun, ia juga bukan satu alasan untuk kami gunakan bagi mengelakkansegala apa jua masalah yang timbul di dalam portal ini. Harap anda semua akan terus menyokong murai.com.my...

Andai kata ada pandangan dari segi isi kandungan yang perlu dipermantapkan lagi oleh krew murai, ringan-ringanlah mulut dan tangan anda untuk menyuarakan ia kepada kami di sini. Kami akan berusaha untuk memenuhi permintaan anda.

Apapun, siapa sangka dalam tempoh dua minggu portal ini dipancarkan secara online tanpa sebarang publisiti atau promosi ia sudah pun berjaya menawan hati segelintir peminat dunia hiburan tanah air kita.

Menerusi catatan statistik yang krew murai.com.my perolehi, murai.com.my ketika ini sudah pun mempunyai 'viewers' yang cukup besar dan jumlah ini pasti akan bertambah lagi dari masa ke semasa.

Ia adalah satu perkembangan yang cukup membanggakan buat kami di sini. Malah, beberapa akhbar dan stesen radio juga turut membuat follow-up dengan mememetik beberapa si kandungan bahan dan berita yang terdapat di dalam murai.com.my.

Jangan lupa nantikan murai.com.my selepas pelancarannya dilakukan pada 21 November nanti. Murai.com.my pasti akan terbang lebih jauh dan tinggi lagi selepas itu.....

Catatan

Elly

Populariti

  • Currently 0 Stars.
0 (Belum Diundi)

Berkongsi

Komen

Masukkan Komen Anda

Login untuk masukkan komen anda.